Pada 24 dan 25hb Mac 2013 yang lepas, admin telah menyertai trip ke perairan Kelantan. Trip kali ni telah dirancang sejak cuti Hari Raya tahun lepas. Walaupun berbagai perkara berlaku, antaranya admin kehilangan Bonda tercinta seminggu sebelum trip ni. Al-fatihah buat arwah.. memandangkan duit booking sudah dibayar dan bagi tidak menimbulkan sebarang masalah dari segi bayaran yang terpaksa ditanggung ahli trip sekiranya kekurangan ahli, admin kuatkan semangat untuk turut serta.
Bot yang dijadualkan akan bertolak seawal pukul 7 pagi @ selepas subuh terpaksa di tunda sehingga jam 11 pagi disebabkan oleh masalah yang tak dapat dielakkan dan ditambah pula dengan keadaan air yang rendah di jeti. Setelah semua selamat bergerak ke laut lepas, untuk sampai ke unjam darat bagi mendapatkan umpan hidup memakan masa sekitar 2 jam perjalanan. Setelah puas di unjam, bot mula bergerak ke lubuk pertama dan sampai di sana pada pukul 3 ptg. Namun disebabkan tiada arus, dilubuk pertama tidak mendapat hasil yang memberangsangkan. Yang ada cuma ikan kunyit dan anak kerisi.
Tekong beralih pula ke lubuk rahsia yang ada dalam simpanan beliau. Untuk sepanjang malam, bot bersauh di lubuk yang di sasarkan. Sepanjang malam kami diserang kumpulan ikan cermin manakala ikan jenahak, kaci, kerapu dan aruan tasik hanya mencelah sekali sekala. Ingatkan pada sebelah malam dapat mencandat sotong tapi hampa. Menurut tekong, musim sotong belum tiba lagi. Jadi...sepanjang malam kami hanya turunkan mata kail berumpankan isi sotong yang dibawa.
Berikut adalah sebahagian photo yang sempat dirakam:
Brader ni merenung nasib sementara menunggu bot tiba di sebabkan paras air yg rendah di jeti
Alamak! lain macam nampak tang perut tu.. rasa mcm slim je.. jgn terpedaya pada gambar ni, teknik je tu..
Tuu..dia.. ikan dah mengena... kita layan dulu... x sia sia beli rod baru
Tangkapan banyak di dominasi Ikan Cermin yang rata rata 1kg ke atas yg jumlah seseluruhan 38 ekor.
Besar punye... kau ada??
Ike Ike Ike.. berapa berani letak. Ike segar ni, kira longgok je..
Kesian... rata rata semua bawa tong kecil sahaja. Sampai melingkar ikan dalam tong dan yg terlalu panjang kena potong dua.
Yang ni tong Admin dan merupakan tong yang paling besar dalam trip ni. Kalau tong ni pun penuh bayangkan nasib tong tong yang kat atas tu..
Tekong Abe Ya yang menyimpan lubuk rahsia
Biasa la ni.. pertama kali turun ke laut, memang ke "LAUT" lamakan dia..
Mangsa terberat dalam trip ni, Kapal Selam @ Cobia @ Aruan Tasik 7kg
Jom kita layan video yang sempat di rakam. Hanya 1 ni je sempat di rakam, yang lain x dapat. X menang tangan. Muka admin x de sbb admin yang buat rakaman ni. Video ni pertarungan adik admin dengan Aruan Tasik 5kg. Reel yg dia guna Viking, rod lupa admin nak usha. Maaf gambar gelap sikit sbb masa ni dah lewat petang.