Disebabkan hati masih panas dengan kejadian perambut putus, di tambah pula umpan cengkerik untuk misi hari semalam masih berbaki, Admin tukar strategi. Selepas selesai sarapan pagi, Admin terus ke lubuk belakang rumah untuk memburu penghuni lubuk memandangkan cuaca pada waktu petang selalu hujan. Belum 20 minit umpan dilabuhkan, joran disentap rakus, nasib baik pangkal joran diselit celah batu. Hasilnya...seekor keli seberat mencecah angka 2 kg berjaya didaratkan.
Misi untuk balas dendamadmin pada hari tersebut berjaya. Admin yakin, masih ada penghuni lubuk yang besar melebihi angka 3 atau 4 kg bersembunyi di bawah sana. Tapi tak mengapa, admin pasti turun lagi ke lubuk belakang rumah bila ada masa terluang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan