Isnin, 28 Januari 2013

Sungai Buah, Bangi

Dah lama admin tinggalkan Sg. Buah semenjak kerja kerja mengorek pasir di jalankan. Bersempena cuti perayaan Thaipusam yang lepas berserta kebosanan yang tak dapat di tahan lagi. Admin nekad untuk pergi melihat perkembangan keadaan Sg. Buah. Setelah hampir 2 tahun admin tinggalkan Sg. Buah, sekarang aktiviti mengorek pasir telah di hentikan dan keadaan sungai kembali aman daripada sebarang aktiviti. Setelah diamati, admin yakin Sg. Buah masih berpotensi dan masih mempunyai stok ikan yang banyak. Pada geng2 CAC yang rasa teringin untuk mencuba nasib di sungai tersebut, jom kita set komplot. Pada pemerhatian admin, keadaan tebing sungai ini sesuai untuk di dirikan khemah untuk memancing malam. Ketiadaan pokok pokok yang besar di sepanjang tebing sungai menyebabkan aktiviti memancing pada waktu siang kurang sesuai disebabkan ketiadaan tempat berteduh.



Khamis, 24 Januari 2013

Kenangan Ribut di Laut China Selatan

Ada sebarang perancangan trip tahun ni? kali ni, admin nak kongsi video pengalaman berdepan dengan ribut di Laut China Selatan, video ni admin sendiri yang rakam, jadi tak perlu nak cari muka admin dalam video ni ok. Jom layan....ada beranti tak. Tahun ni, insyaallah kalau ada rezeki dan cuaca mengizinkan, admin akan turun lagi sekali ke Laut China Selatan, perairan Kelantan pada cuti sekolah bulan Mac. Semoga perancangan yang di buat dari tahun lepas jadi kenyataan..


Barang Wajib

Apa Barang Wajib yang sudah ada dalam simpanan anda? Perlu di ingat... bila kita menceburi dunia hanyir, kita mempertaruhkan nasib, membelanjakan banyak wang, menghabiskan banyak masa malah mempertaruhkan nyawa bila kita menyertai setiap kali trip. Ada orang lain dan tidak sama pendapat, berfikir tak sama...atau dengan kata lain, tidur sama bantal tapi mimpi lain-lain. Begitulah juga dengan maksud yang ingin admin sampaikan. Ada sesetengah orang berpendapat, buat apa buang duit dengan membeli 'Life Jacket' kalau pandai berenang. Perlu di ingat..orang yang pandai berenang pun boleh mati lemas kalau mengalami kekejangan otot semasa berenang. Sekiranya berlaku kejadian bot karam di tengah tasik, lombong atau laut. Apa yang lebih penting, apa yang akan kita fikirkan. Adakah kita cuba untuk selamatkan kelengkapan memancing dahulu atau nyawa sendiri. Kalau pandai berenang sekalipun, mampukah kita berenang untuk tempoh masa yang lama sebelum diselamatkan. Sepatutnya, sebelum kita menceburi dunia hanyir ni, kita perlu tahu bahawa, aktiviti memancing sama ada sekadar hobi masa lapang, punca rezeki, minat atau sebab ikut kawan memerlukan belanja yang agak besar. Tidak rugi kalau kita keluarkan belanja yang lebih untuk keselesaan dan persediaan bila ada kecemasan. Malang tidak berbau...di mana-mana boleh berlaku. (admin doakan agar di jauhkan dari semua tu..)

Apa yang admin buat, admin setkan dulu apa yang perlu dan akan admin beli, kira budget dan kaji keperluan dan kegunaan barang tersebut. Bila dah ada budget baru beli. Admin tidak akan buat pembelian serentak semasa nak ikut trip. Apa-apa pun terpulang pada anda semua untuk buat pertimbangan. Tiada sebarang paksaan. Admin harap tidak ada berita yang menyedihkan menimpa para pemancing. Kita dalam satu komuniti dah macam bersaudara. Itulah kenyataan dan kesan positif daripada dunia hanyir.

Berikut adalah serba sedikit barang wajib yang admin dah ada, dan masih ada dalam perancang untuk tambah barang lain pula..apa yang kita nak buat perlu ada perancangan dan kaji keperluan kegunaan barang tu pada kita..kalau tak perlu..tak payah beli..daripada membazir, baik bagi 'Bini' buat belanja dapur..

 Life Jacket yang dah lama admin idamkan, akhirnya.....




Benda ni faham-faham sendiri lah apa gunanya ok..


Yang ni..adalah barang tambahan, masa search internet ada terbaca kegunaannya. Ingat...barang ni hanya barang tambahan je, tak ada kesan pun pada hasil memancing. Kalau nak tau apa gunanya, sila search google fungsi 'Barometer'.







Isnin, 21 Januari 2013

Jelajah Joran K.L Siri-6

Pada 19/01/13, Sabtu yang lepas telah berlangsung satu pertandingan Memancing 'Jelajah Joran Kuala Lumpur Siri ke-6' anjuran DBKL bertempat di Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur dari 9.00 pg hingga 1.00 ptg.

C.A.C telah menghantar wakil iaitu Saudara Pengerusi En. Syukri dan En. Din. Manakala ahli yang lain tidak dapat menyertai sama disebabkan ada urusan yang perlu diutamakan.

Walaupun tidak dapat menyertai pertandingn ini, En. Zairol tetap hadir untuk memberi sokongan moral kepada rakan-rakan.

Tn. Pengerusi C.A.C, En. Syukri berjaya menaikkan 3 ekor Tilapia yang saiznya tergolong dalam usia remaja di antara 0.040 gm, 0.50 gm dan 0.070 gm
En. Din pula berjaya menaikkan seekor keli yang hampir mencecah 1 kg. (tetapi tidak berjaya memasuki ranking).





Tn.pengerusi bersama ahli  C.A.C. yang sabar menanti umpan di curi mngsa.


Dua org 'Cowboy' yang tersilap masuk padang.

Para pemenang bergambar bersama. TAHNIAH!
Yang tak tahan, juaranya budak je tu..tapi nak buat macam mana dah nama nya pun rezeki. Kalau dah rezeki dia...tidak kemana..

En. Syukri hanya berjaya memduduki ranking ke-30. Dapat la RM30. Kira balik modal dan untung RM10. Tahniah lah buat Tn. Pengerusi C.A.C. usaha lagi ok..mana tahu untuk pertandingan akan datang ada rezeki yang lebih besar menanti.

Diharapkan agar semua ahli C.A.C dapat sertai pertandingan akan datang sempena 'Hari Wilayah' nanti pada 2 Februari 2013 yang mana tempat pertandingan belum dipastikan lagi. Apa apa hal, kita tunggu update dari pihak penganjur.


Isnin, 7 Januari 2013

Misi Balas Dendam



05/01/2013 menjadi hari untuk Admin turun semula ke lubuk kat belakang rumah dengan tujuan 'Balas Dendam' memandangkan 2 kali perambut 40 paun putus di kerjakan penghuni lubuk. Sepatutnya Admin turun dengan misi balas dendam sehari sebelum tu, tapi keadaan cuaca pada hari tu tidak mengizinkan. Dengan keadaan hujan yang lebat di iringi petir, memaksa Admin membatalkan misi pada hari tu.

Disebabkan hati masih panas dengan kejadian perambut putus, di tambah pula umpan cengkerik untuk misi hari semalam masih berbaki, Admin tukar strategi. Selepas selesai sarapan pagi, Admin terus ke lubuk belakang rumah untuk memburu penghuni lubuk memandangkan cuaca pada waktu petang selalu hujan. Belum 20 minit umpan dilabuhkan, joran disentap rakus, nasib baik pangkal joran diselit celah batu. Hasilnya...seekor keli seberat mencecah angka 2 kg berjaya didaratkan.

Misi untuk balas dendamadmin pada hari tersebut berjaya. Admin yakin, masih ada penghuni lubuk yang besar melebihi angka 3 atau 4 kg bersembunyi di bawah sana. Tapi tak mengapa, admin pasti turun lagi ke lubuk belakang rumah bila ada masa terluang.




Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Tahun Baru 2013

01 Januari 2013...Syukur Alhamdulillah pada Allah S.W.T kerana masih memberi peluang pada kita untuk meneruskan kehidupan di permulaan hari pertama Tahun baru 2013.
Admin pasti ramai yang sambung cuti esok memandangkan esok sesi baru persekolahan tahun ini bermula. Admin pun tidak terkecuali, ambil cuti untuk uruskan persekolahan anak. Apa Azam anda tahun ni? Bagi admin, admin berharap agar CAC akan makin berkembang dengan aktiviti memancing sepanjang tahun 2013. Disamping itu, admin berharap keluarga CAC akan bertambah BESAR dengan penyertaan ahli baru, dan adnim berharap setiap perancangan yang akan diatur oleh pengerusi CAC, Bendahari atau admin sendiri mendapat sokongan semua ahli.

01 Januari 2013, apa aktiviti anda? bagi mengisi kebosanan, admin cuba-cuba usha sungai kat belakang rumah. Memang dari dulu lagi admin tahu kat belakang rumah ada sungai tapi tak berminat nak jenguk ke situ memandangkan semak tebal dan pada fikiran admin ada ke ikan kat sungai tu. Disebabkan kebosanan melampau, admin gagahkan juga untuk jenguk kat belakang rumah. Rupa-rupanya kawasan tebing sungai telah dibersihkan oleh kontraktor bagi membaikpulih tebing sungai yang rosak di belakang dapur jiran. Rupa-rupanya kat sungai belakang rumah ada lubuk yang boleh dikatakan berpotensi.