Selasa, 2 April 2013

Trip Perairan Kelantan


Pada 24 dan 25hb Mac 2013 yang lepas, admin telah menyertai trip ke perairan Kelantan. Trip kali ni telah dirancang sejak cuti Hari Raya tahun lepas. Walaupun berbagai perkara berlaku, antaranya admin kehilangan Bonda tercinta seminggu sebelum trip ni. Al-fatihah buat arwah.. memandangkan duit booking sudah dibayar dan bagi tidak menimbulkan sebarang masalah dari segi bayaran yang terpaksa ditanggung ahli trip sekiranya kekurangan ahli, admin kuatkan semangat untuk turut serta.

Bot yang dijadualkan akan bertolak seawal pukul 7 pagi @ selepas subuh terpaksa di tunda sehingga jam 11 pagi disebabkan oleh masalah yang tak dapat dielakkan dan ditambah pula dengan keadaan air yang rendah di jeti. Setelah semua selamat bergerak ke laut lepas, untuk sampai ke unjam darat bagi mendapatkan umpan hidup memakan masa sekitar 2 jam perjalanan. Setelah puas di unjam, bot mula bergerak ke lubuk pertama dan sampai di sana pada pukul 3 ptg. Namun disebabkan tiada arus, dilubuk pertama tidak mendapat hasil yang memberangsangkan. Yang ada cuma ikan kunyit dan anak kerisi.

Tekong beralih pula ke lubuk rahsia yang ada dalam simpanan beliau. Untuk sepanjang malam, bot bersauh di lubuk yang di sasarkan. Sepanjang malam kami diserang kumpulan ikan cermin manakala ikan jenahak, kaci, kerapu dan aruan tasik hanya mencelah sekali sekala. Ingatkan pada sebelah malam dapat mencandat sotong tapi hampa. Menurut tekong, musim sotong belum tiba lagi. Jadi...sepanjang malam kami hanya turunkan mata kail berumpankan isi sotong yang dibawa.

Berikut adalah sebahagian photo yang sempat dirakam:

Brader ni  merenung nasib sementara menunggu bot tiba di sebabkan paras air yg rendah di jeti
Alamak! lain macam nampak tang perut tu.. rasa mcm slim je.. jgn terpedaya pada gambar ni, teknik je tu..

Pergh!! sempat lagi bersantai menghirup udara segar Laut China Selatan masa menuju ke lubuk


Tuu..dia.. ikan dah mengena... kita layan dulu... x sia sia beli rod baru

Tangkapan banyak di dominasi Ikan Cermin yang rata rata 1kg ke atas yg jumlah seseluruhan 38 ekor.




Besar punye... kau ada??








Ike Ike Ike.. berapa berani letak. Ike segar ni, kira longgok je..



Kesian... rata rata semua bawa tong kecil sahaja. Sampai melingkar ikan dalam tong dan yg terlalu panjang kena potong dua.

Yang ni tong Admin dan merupakan tong yang paling besar dalam trip ni. Kalau tong ni pun penuh bayangkan nasib tong tong yang kat atas tu..

Tekong Abe Ya yang menyimpan lubuk rahsia

Biasa la ni.. pertama kali turun ke laut, memang ke "LAUT" lamakan dia..


Mangsa terberat dalam trip ni, Kapal Selam @ Cobia @ Aruan Tasik 7kg





Jom kita layan video yang sempat di rakam. Hanya 1 ni je sempat di rakam, yang lain x dapat. X menang tangan. Muka admin x de sbb admin yang buat rakaman ni. Video ni pertarungan adik admin dengan Aruan Tasik 5kg. Reel yg dia guna Viking, rod lupa admin nak usha. Maaf gambar gelap sikit sbb masa ni dah lewat petang.




Rabu, 13 Februari 2013

11/2/2013 Cuti CNY

Salam Tahun Baru Cina kepada semua rakan pemancing dan selamat bercuti panjang. Kepada yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung, pastikan keselamatan anda dan keluarga terjaga setiap masa. Bagi kaki pancing seperti kami, inilah masa yang ditunggu-tunggu. Kalau tak ke laut, sudah tentu ke tasik, lombong, atau sungai. Jaga keselamatan anda dan rakan setiap masa.

Tahniah! pada En. Zairol di atas kehadiran orang baru dalam keluarga beliau. Semoga bertambah rezeki.

Sempena cuti CNY, En. Syukri telah balik bercuti di Kuala Lipis, Pahang di kampung sebelah isteri. Disebabkan kebosanan, En. Syukri telah merancang untuk menduga Sungai Pahang yang terletak tidak jauh dari rumah mertua. Dengan 'Senjata Tempur' yang telah sedia di isi dalam but kereta, En. syukri turun ke port sasaran berbekalkan umpan palet.

Berikut sebahagian gambar kenangan yang sempat di ambil:
Layan.....

port terbaik yang ada

Patin yang berjaya dipancing dengan umpan palet


Kaloi yang turut sama terjerat dengan umpan palet. Berat mencecah lebih dari 3.5kg.

Antara buah hutan yang terdapat di sekitar lubuk. Cuba teka..



Isnin, 28 Januari 2013

Sungai Buah, Bangi

Dah lama admin tinggalkan Sg. Buah semenjak kerja kerja mengorek pasir di jalankan. Bersempena cuti perayaan Thaipusam yang lepas berserta kebosanan yang tak dapat di tahan lagi. Admin nekad untuk pergi melihat perkembangan keadaan Sg. Buah. Setelah hampir 2 tahun admin tinggalkan Sg. Buah, sekarang aktiviti mengorek pasir telah di hentikan dan keadaan sungai kembali aman daripada sebarang aktiviti. Setelah diamati, admin yakin Sg. Buah masih berpotensi dan masih mempunyai stok ikan yang banyak. Pada geng2 CAC yang rasa teringin untuk mencuba nasib di sungai tersebut, jom kita set komplot. Pada pemerhatian admin, keadaan tebing sungai ini sesuai untuk di dirikan khemah untuk memancing malam. Ketiadaan pokok pokok yang besar di sepanjang tebing sungai menyebabkan aktiviti memancing pada waktu siang kurang sesuai disebabkan ketiadaan tempat berteduh.



Khamis, 24 Januari 2013

Kenangan Ribut di Laut China Selatan

Ada sebarang perancangan trip tahun ni? kali ni, admin nak kongsi video pengalaman berdepan dengan ribut di Laut China Selatan, video ni admin sendiri yang rakam, jadi tak perlu nak cari muka admin dalam video ni ok. Jom layan....ada beranti tak. Tahun ni, insyaallah kalau ada rezeki dan cuaca mengizinkan, admin akan turun lagi sekali ke Laut China Selatan, perairan Kelantan pada cuti sekolah bulan Mac. Semoga perancangan yang di buat dari tahun lepas jadi kenyataan..


Barang Wajib

Apa Barang Wajib yang sudah ada dalam simpanan anda? Perlu di ingat... bila kita menceburi dunia hanyir, kita mempertaruhkan nasib, membelanjakan banyak wang, menghabiskan banyak masa malah mempertaruhkan nyawa bila kita menyertai setiap kali trip. Ada orang lain dan tidak sama pendapat, berfikir tak sama...atau dengan kata lain, tidur sama bantal tapi mimpi lain-lain. Begitulah juga dengan maksud yang ingin admin sampaikan. Ada sesetengah orang berpendapat, buat apa buang duit dengan membeli 'Life Jacket' kalau pandai berenang. Perlu di ingat..orang yang pandai berenang pun boleh mati lemas kalau mengalami kekejangan otot semasa berenang. Sekiranya berlaku kejadian bot karam di tengah tasik, lombong atau laut. Apa yang lebih penting, apa yang akan kita fikirkan. Adakah kita cuba untuk selamatkan kelengkapan memancing dahulu atau nyawa sendiri. Kalau pandai berenang sekalipun, mampukah kita berenang untuk tempoh masa yang lama sebelum diselamatkan. Sepatutnya, sebelum kita menceburi dunia hanyir ni, kita perlu tahu bahawa, aktiviti memancing sama ada sekadar hobi masa lapang, punca rezeki, minat atau sebab ikut kawan memerlukan belanja yang agak besar. Tidak rugi kalau kita keluarkan belanja yang lebih untuk keselesaan dan persediaan bila ada kecemasan. Malang tidak berbau...di mana-mana boleh berlaku. (admin doakan agar di jauhkan dari semua tu..)

Apa yang admin buat, admin setkan dulu apa yang perlu dan akan admin beli, kira budget dan kaji keperluan dan kegunaan barang tersebut. Bila dah ada budget baru beli. Admin tidak akan buat pembelian serentak semasa nak ikut trip. Apa-apa pun terpulang pada anda semua untuk buat pertimbangan. Tiada sebarang paksaan. Admin harap tidak ada berita yang menyedihkan menimpa para pemancing. Kita dalam satu komuniti dah macam bersaudara. Itulah kenyataan dan kesan positif daripada dunia hanyir.

Berikut adalah serba sedikit barang wajib yang admin dah ada, dan masih ada dalam perancang untuk tambah barang lain pula..apa yang kita nak buat perlu ada perancangan dan kaji keperluan kegunaan barang tu pada kita..kalau tak perlu..tak payah beli..daripada membazir, baik bagi 'Bini' buat belanja dapur..

 Life Jacket yang dah lama admin idamkan, akhirnya.....




Benda ni faham-faham sendiri lah apa gunanya ok..


Yang ni..adalah barang tambahan, masa search internet ada terbaca kegunaannya. Ingat...barang ni hanya barang tambahan je, tak ada kesan pun pada hasil memancing. Kalau nak tau apa gunanya, sila search google fungsi 'Barometer'.







Isnin, 21 Januari 2013

Jelajah Joran K.L Siri-6

Pada 19/01/13, Sabtu yang lepas telah berlangsung satu pertandingan Memancing 'Jelajah Joran Kuala Lumpur Siri ke-6' anjuran DBKL bertempat di Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur dari 9.00 pg hingga 1.00 ptg.

C.A.C telah menghantar wakil iaitu Saudara Pengerusi En. Syukri dan En. Din. Manakala ahli yang lain tidak dapat menyertai sama disebabkan ada urusan yang perlu diutamakan.

Walaupun tidak dapat menyertai pertandingn ini, En. Zairol tetap hadir untuk memberi sokongan moral kepada rakan-rakan.

Tn. Pengerusi C.A.C, En. Syukri berjaya menaikkan 3 ekor Tilapia yang saiznya tergolong dalam usia remaja di antara 0.040 gm, 0.50 gm dan 0.070 gm
En. Din pula berjaya menaikkan seekor keli yang hampir mencecah 1 kg. (tetapi tidak berjaya memasuki ranking).





Tn.pengerusi bersama ahli  C.A.C. yang sabar menanti umpan di curi mngsa.


Dua org 'Cowboy' yang tersilap masuk padang.

Para pemenang bergambar bersama. TAHNIAH!
Yang tak tahan, juaranya budak je tu..tapi nak buat macam mana dah nama nya pun rezeki. Kalau dah rezeki dia...tidak kemana..

En. Syukri hanya berjaya memduduki ranking ke-30. Dapat la RM30. Kira balik modal dan untung RM10. Tahniah lah buat Tn. Pengerusi C.A.C. usaha lagi ok..mana tahu untuk pertandingan akan datang ada rezeki yang lebih besar menanti.

Diharapkan agar semua ahli C.A.C dapat sertai pertandingan akan datang sempena 'Hari Wilayah' nanti pada 2 Februari 2013 yang mana tempat pertandingan belum dipastikan lagi. Apa apa hal, kita tunggu update dari pihak penganjur.


Isnin, 7 Januari 2013

Misi Balas Dendam



05/01/2013 menjadi hari untuk Admin turun semula ke lubuk kat belakang rumah dengan tujuan 'Balas Dendam' memandangkan 2 kali perambut 40 paun putus di kerjakan penghuni lubuk. Sepatutnya Admin turun dengan misi balas dendam sehari sebelum tu, tapi keadaan cuaca pada hari tu tidak mengizinkan. Dengan keadaan hujan yang lebat di iringi petir, memaksa Admin membatalkan misi pada hari tu.

Disebabkan hati masih panas dengan kejadian perambut putus, di tambah pula umpan cengkerik untuk misi hari semalam masih berbaki, Admin tukar strategi. Selepas selesai sarapan pagi, Admin terus ke lubuk belakang rumah untuk memburu penghuni lubuk memandangkan cuaca pada waktu petang selalu hujan. Belum 20 minit umpan dilabuhkan, joran disentap rakus, nasib baik pangkal joran diselit celah batu. Hasilnya...seekor keli seberat mencecah angka 2 kg berjaya didaratkan.

Misi untuk balas dendamadmin pada hari tersebut berjaya. Admin yakin, masih ada penghuni lubuk yang besar melebihi angka 3 atau 4 kg bersembunyi di bawah sana. Tapi tak mengapa, admin pasti turun lagi ke lubuk belakang rumah bila ada masa terluang.