Selasa, 11 Disember 2012

Tarikh Keramat 12.12.12

12.12.12 tercatat lagi satu sejarah dimana Court Angler Club (C.A.C)dilahirkan dan menyertai blog memancing kelab-kelab memancing yang sedia ada. Pada awal perancangan penubuhan CAC ini, hanya dianggotai 4 orang ahli yang biasa turun memancing dengan konsep on call dan terjah. CAC ditubuhkan dengan tujuan untuk: Mengukuh dan Mengeratkan lagi silatulrahim antara rakan-rakan pancing di bawah satu  hobi yang sama di samping meramaikan kawan-kawan sepancingan. Disamping itu juga Admin meletak harapan yang tinggi untuk melihat pencapaian CAC dalam aktiviti memancing di samping menghargai anugerah alam. Di blog ini Admin mengalu-alukan sebarang cadangan dan idea-idea bagi menambahbaik CAC. Ahli-ahli kelab dan pelawat di alu-alukan untuk berkongsi info berkenaan ilmu memancing, tempat-tempat yang patut dikunjungi, merancang komplot @ trip memancing, berkongsi info berkenaan produk pancing terkini. Admin mempelawa pelawat untuk menyertai CAC dan kita sama-sama merancang untuk trip memancing. Mengikut perancangan, setiap aktiviti yang dibuat @ disertai CAC akan di update dari semasa ke semasa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan