Selasa, 25 Disember 2012

Tasik Biru Kundang, 25/12/2012

Setelah sekian lama mencari tarikh yang sesuai untuk perjumpaan pertama dengan semua ahli CAC, akhirnya tarikh yang sgt sesuai tiba juga. 25/12/2012 menjadi tarikh pilihan memandangkan hari cuti Krismas. Dengan persiapan memancing yang ala kadar sahaja, ahli CAC mula bergerak ke Tasik Biru, Kundang sekitar jam 8.00 pagi. Perjumpaan kali pertama atas mana CAC ini dibuat bukanlah untuk memancing ikan sasaran yang ada di Tasik Biru, tapi lebih kepada berkenalan lebih rapat antara ahli CAC dan merancang untuk kegiatan yang akan datang. Insyaallah..tahun depan mungkin akan ada banyak aktiviti memancing CAC akan atur. Mengikut perancangan awal, tahun depan CAC akan turun ke Sungai Timun untuk memancing Udang Galah. Insayaallah, sekiranya perancangan tersebut menjadi realiti, admin akan update laporan trip bersama gambar sekali. Pada mereka yang berminat, boleh hubungi En. Shukri di talian 03-62094904 lebih awal bagi melancarkan lagi perancangan yang diatur. Berikut adalah gambar pada perjumpaan pertama ahli CAC di Tasik Biru Kundang.


Ahli CAC yang berkesempatan datang ke Tasik Biru, Kundang
 En. Shukri mempersiapkan senjata beliau untuk memburu Toman...
 En. Shukri (Pengerusi CAC) bersama En. Zairol (Bendahari @ Akauntan CAC)
 En. Shukri sedang memberi tip berguna untuk menjerat Toman.
 Gaya seorang pemancing yang sabar menunggu umpan di larikan mangsa
 Walaupun masih lagi dalam 'Pantang' gian memancing tetap ada.

Gaya Tuan Pengerusi yang masih menyimpan rahsia ilmu menjerat si 'hanyir'
 Admin bersama 'PB' remaja

Selasa, 11 Disember 2012

Tarikh Keramat 12.12.12

12.12.12 tercatat lagi satu sejarah dimana Court Angler Club (C.A.C)dilahirkan dan menyertai blog memancing kelab-kelab memancing yang sedia ada. Pada awal perancangan penubuhan CAC ini, hanya dianggotai 4 orang ahli yang biasa turun memancing dengan konsep on call dan terjah. CAC ditubuhkan dengan tujuan untuk: Mengukuh dan Mengeratkan lagi silatulrahim antara rakan-rakan pancing di bawah satu  hobi yang sama di samping meramaikan kawan-kawan sepancingan. Disamping itu juga Admin meletak harapan yang tinggi untuk melihat pencapaian CAC dalam aktiviti memancing di samping menghargai anugerah alam. Di blog ini Admin mengalu-alukan sebarang cadangan dan idea-idea bagi menambahbaik CAC. Ahli-ahli kelab dan pelawat di alu-alukan untuk berkongsi info berkenaan ilmu memancing, tempat-tempat yang patut dikunjungi, merancang komplot @ trip memancing, berkongsi info berkenaan produk pancing terkini. Admin mempelawa pelawat untuk menyertai CAC dan kita sama-sama merancang untuk trip memancing. Mengikut perancangan, setiap aktiviti yang dibuat @ disertai CAC akan di update dari semasa ke semasa.